Terma
& Syarat
1. Harga yang tertera tidak termasuk
kos penghantaran melainkan dinyatakan sebaliknya. Caj penghantaran yang dikenakan
RM 5 untuk SELURUH Malaysia.
2. Selepas membuat tempahan, sila tunggu sehingga OrkedzOnlineShop memberi jawapan (nak check stock available atau tidak) dalam tempoh 24 jam dari tarikh tempahan diterima.
3. Selepas mendapat pengesahan tempahan daripada OrkedzOnlineShop, anda hendaklah membuat bayaran selewat-lewatnya dalam tempoh 48 jam. Jika tidak OrkedzOnlineShop akan membatalkan tempahan anda. If nak bayar lewat dari 48 jam, sila nyatakan sebab ya~ Boleh runding gitu~ ;)
4. Bukti pembayaran hendaklah disertakan melalui print screen/MMS. Print screen boleh dihantar kepada OrkedzOnlineShop melalui email kepada ataupun melalui WhatsApp/MMS.
5. Item akan dipos kepada anda menggunakan perkhidmatan kurier yang anda pilih dalam tempoh 3-4 hari selepas OrkedzOnlineShop menerima email bukti pembayaran daripada pihak anda. So, kalau dah bayar tapi tak sertakan bukti pembayaran,alamatnya faham-faham saja lah ye..~ :D
6. OrkedzOnlineShop akan berikan anda tracking no untuk tujuan semakan in case barang tu tak sampai. Tapi before anda complain barang tak sampai, try check kat peti surat..mana tau dapat notis dari courier service minta self collect..maybe masa courier service datang, anda tak ada kat rumah.
7. Item yang sudah dijual tidak boleh dipulangkan kembali, kecuali item itu rosak sebelum item diterima atau tiada. OrkedzOnlineShop akan membuat refund kepada anda.
No comments:
Post a Comment